Listing

Isnin, 12 Julai 2010

Ashabul Kahfi

ASHABUL KAHFI
Sudah menjadi adat yang lazim bagi
penduduk Upsus merayakan suatu
hariraya, dimana mereka sama-sama
menghiasi berhala-berhala dan patungpatung,
lalu mereka berdiri disekitar
patung-patung itu dengan riang
gembira, sambil memuja-muja dan
menyembahnya, bahkan memberikan
korban-korban yang berharga kepada
patung-patung dan berhala-berhala itu.
Suatu adat kebiasaan yang tidak dapat
dirobah dan dilanggar oleh siapa juga.
Tetapi ditengah-tengah golongan
penduduk yang ramai itu, ada seorang
pemuda termasuk golongan bangsawan
dan mulia, tampaknya tidak begitu
gembira ditengah-tengah semua orang
yang sedang bergembira itu. Dia
termenung seorang diri, jiwanya tampak
gelisah.
Ketika semua orang sudah sama-sama
menyembah kepada berhala-berhala
yang dirayakan sebesar-besarnya itu,
pemuda itu tampak keengganannya
untuk menundukkan kepalanya. Tampak
pula keraguan dan kebingungan hatinya
untuk turut menyembah dan bersujud
kepada batu-batu berhias itu.
Keraguan dan kebingungannya, segera
berubah menjadi ketetapan hati untuk
menyanggah apa yang dilihatnya itu.
Akal dan fikirannya berontak rupanya,
sehingga dia terpaksa keluar dari barisan
orang ramai dengan diam-diam dan
sembunyi-sembunyi,berjalan
meninggalkan tempat perayaan besar itu
untuk menjauhkan diri. Akhirnya dia
berhenti dibawah sebatang pokok kayu,
lalu melepaskan kelelahan fikirannya.
Mukanya tampak merah padam,
menunjukkan jiwanya yang sedang
berontak keras.
Perasaan yang demikian itu rupanya
tidak timbul dalam jiwa pemuda itu saja.
Tidak lama sesudah dia tertunduk
dibawah pokok kayu itu, ia disusul oleh
seorang pemuda lain yang sebaya
dengannya, sama-sama bangsawan
kaumnya. Dia pun kerana jiwanya
memberontak, tidak sudi lagi memuja
dan memuji-muji batu itu. Dua orang
pemuda ini segera disusul oleh seorang
pemuda lainnya berturut-turut, sehingga
mereka sekarang berjumlah tujuh orang.
Ketujuh pemuda ini segera berkenalan,
mereka bercakap-cakap mengemukakan
pendirian dan fikiran masing-masing.
Ternyata kesemuanya mempunyai
pendapat yang sama, fikiran yang bulat,
sekalipun pada mulanya mereka tidak
kenal-mengenal.
Mereka itu sepakat dan berjanji, tidak
akan menyembah dan memuja patungpatung
itu lagi, sebagai umumnya
bangsa mereka sendiri. Lalu mereka
menerawang ke alam yang luas, ke
langit yang biru, ke matahari yang
sedang bersinar, ke gurun yang luas
tidak berpinggir itu.
Mereka berkeyakinan bahawa
kesemuanya itu tentu ada yang
menjadikan dan menguasai, iaitu Allah
s.w.t. "Ya, Allah, inilah yang harus kita
sembah," kata mereka.
Mereka bersumpah akan menyembah
Allah dan akan memegang teguh agama
mereka ini. Jiwa mereka mulai tenang
kembali dan mereka sepakat pula akan
menyembunyikan apa yang terkandung
dalam jiwanya masing-masing itu,
terhadap bangsanya yang masih sesat
dan fanatik, takut kalau-kalau hal itu
diketahui rajanya, yang pasti akan
memaksa mereka untuk kembali ke
agama yang sesat itu. Hal ini tak dapat
mereka pertahankan, kerana mereka
tidak ramai dan tidak mungkin kuat
untuk melawannya.
Demikianlah beberapa waktu lamanya,mereka hidup diantara bangsanya, ke
hulu sama ke hulu, ke mudik sama ke
mudik, namun dalam jiwanya
bertentangan seratus peratus. Tetapi
bila pemuda-pemuda itu sedang seorang
diri, masing-masing bersembahyang
menyembah Allah s.w.t. berdoa dan
bermunajat kepadaNya.
Pada suatu malam, ketujuh pemuda ini
berkumpul disuatu tempat. Dalam
pertemuan itu, salah seorang diantara
mereka lalu berkata dengan berbisik:
"Saudara-saudara, kelmarin saya
mendengar khabar yang amat
mengecewakan kita, bila benar orang
yang membawa khabar ini, iaitu ada
persiapan untuk merusakkan agama
kita, serta membahayakan jiwa kita.
Saya dengar, bahawa raja sudah
mengetahui akan hal kita ini. Bukan
main marahnya setelah dia mengetahui.
Raja telah memutuskan akan
menghukum kita dengan hukuman yang
seberat-beratnya, bila kita tidak kembali
dari agama kita ini. Saya khuatir sekali
kerana menurut khabar itu juga, bahawa
tindakan kejam terhadap kita itu akan
dijalankan besok pagi dengan
memanggil kita semua. Kalau kita
benar-benar hadir dihadapan raja, sudah
pasti kita akan mengalami hal-hal yang
tidak diinginkan. Marilah kita fikirkan
bersama apa yang harus kita jalankan."
Mendengar keterangan ini, lalu berkata
pula yang lainnya: "Khabar ini sudah
lama pula saya mendengarnya. Mulamula
saya kira hanya khabar bohong
saja. Tetapi tanda-tanda semuanya
menunjukkan bahawa khabar itu benarbenar
adanya. Nyata sudah, bahawa kita
tidak akan dapat meninggalkan agama
kita, sekalipun apa juga yang akan
terjadi. Matahari timbul setiap pagi dan
tenggelam setiap petang, menjadi bukti
adanya Tuhan yang kita sembah. Segala
yang ada ini menjadi bukti kebenaran
yang kita sembah."
Sebelum dapat memutuskan apa-apa
yang harus mereka lakukan, tiba-tiba
mereka sudah didatangi pengawal diraja.
Ketujuh pemuda itu digiring mengadap
raja, diceraikan dari keluarganya
masing-masing. Raja lalu berkata
kepada mereka: "Kamu sudah mencuba
menyembunyikan apa yang terkandung
dalam hatimu masing-masing. Tetapi
apa yang kamu sembunyikan itu sudah
ku ketahui semuanya, baik yang lahir,
mahupun yang batin. Kamu telah
melemparkan agama raja dan agama
rakyat, lalu menganut agama baru yang
tidak ku ketahui bagaimana cara
datangnya kepadamu.
"Aku mahu menghukum kalian dengan
hukuman yang seberat-beratnya. Tetapi
hukuman ini ku tangguhkan,
memandang kehormatan keluarga dan
kebangsawananmu sekalian.
"Aku memberi tempoh kepadamu
sekalian untuk berfikir: Kamu harus
kembali ke agama yang lama, iaitu
agama raja dan agama rakyat, atau
kamu akan dilihat orang ramai untuk
digantung, dipenggal lehermu dan
dibunuh mati."
Kepada masing-masing pemuda yang
tujuh orang itu, diberikan Allah hati yang
tetap, keimanan yang teguh; mereka
lalu menjawab: "Ya raja, kami
menyembah Tuhan kami ini bukan
dengan meniru, tetapi sebagai
penyelidikan dan pemikiran kami yang
sedalam-dalamnya. Adapun orang ramai
yang menyembah patung-patung itu
adalah semata-mata dengan meniru
saja, tidak dengan menjalankan akal dan
fikirannya sedikit juga. Kalau kami
kembali menyembah agama mereka,
bererti kami menipu diri sendiri dan
menipu raja pula. Sebab itu kami akan
tetap memegang teguh agama kami ini,
terserahlah kepadamu untuk
menjalankan tindakan apa saja yang
engkau kehendaki."
Raja lalu menjawab: "Janganlah kamumenjawab sekarang. Pulanglah dahulu,
besok pagi datang lagi menghadap.
Pilihlah salah satu di antara dua hal yang
sudah ku kemukakan itu. Terserah
kepadamulah untuk menentukannya."
Di saat itu juga mereka lalu
bermusyawarah di salah suatu tempat
yang agak jauh dari kota. Salah seorang
lalu berkata: "Raja memang sudah tetap
dengan keputusannya, kita pun sudah
tetap pula dengan keputusan kita, iaitu
dua putusan yang bertentangan. Kalau
kita datang lagi esok, bererti kita
menyerahkan jiwa kita untuk dicabut.
Sebab itu guna mempertahankan agama
kita marilah kita menyembunyikan diri
dalam gua yang terletak di gunung itu.
Sekalipun gua itu sempit dan gelap
keadaannya, tetapi iman dapat
melapangkan dada dan menenangi
fikiran kita. Sebaliknya kita berada di
alam yang lapang dan ditenangi oleh
matahari, kita tidak merdeka beragama
dan menyembah Tuhan kita. Marilah kita
berhijrah ke sana dengan agama dan
kepercayaan kita. Apa gunanya kita
hidup di sini, dimana kita dipaksa
beragama yang tidak sama dengan
fikiran kita sendiri !"
Ketika itu juga mereka bersiap
menyediakan bekalannya masingmasing,
lalu berangkat meninggalkan
kampung halaman dan keluarga masingmasing,
menuju ke gunung yang jauh
letaknya, ke gua sempit di tengah hutan.
Mereka pergi tanpa senjata dan
pengawal. Untung di tengah jalan
mereka disusul oleh seekor anjing
kepunyaan salah seorang di antara
mereka. Anjing inilah yang menjadi
penunjuk jalan menuju ke gua yang
terpencil itu.
Setelah mereka memasuki gua itu,
anjing itu tetap berdiri, di muka gua,
berjaga dengan merentangkan kedua
kakinya.
Di tepi gua itu mereka temui buahbuahan,
lalu dimakannya dan ada pula
sedikit air, lalu diminumnya. Setelah itu
mereka duduk melepaskan lelahnya,
setelah lama berjalan, mendaki dan
menurun. Baru saja mereka sama-sama
merebahkan dirinya untuk menenangkan
perasaan letihnya, tiba-tiba mereka itu
semuanya tertidur senyenyaknyenyaknya.
Malam berganti siang, siang pun
berganti malam, tahun berganti tahun
dan abad berganti abad, sedang
pemuda-pemuda itu tetap tidur dengan
nyenyaknya. Mereka tidak mengetahui
samasekali akan penggantian malam
dengan siang, penggantian tahun,
penggantian musim dan penggantian
abad. Hujan dan angin taufan pun tidak
mereka ketahui, begitu jua guruh dan
petir tidak mereka dengar.
Dengan takdir Allah, jalannya matahari
agak membelok sedikit, sehingga tepat
di pintu gua tempat mereka
bersembunyi itu. Dengan keadaan
cahaya matahari yang sangat terik itu,
mereka terbangun.
Tiga ratus sembilan tahun lamanya
mereka tidur. Di kala terbangun itu
keadaan mereka sudah jauh berubah.
Mereka merasakan lapar yang bukan
kepalang hebatnya, tetapi masing
masing tidak mengetahui berapa
lamanya mereka tertidur itu.
Salah seorang lalu berkata: "Saya
menduga lama benar tidur kita ini. Cuba
kamu katakan berapa lamakah
gerangan?"
Seorang lagi lalu menjawab:
"Berdasarkan letihnya badan dan
laparnya perut kita, maka saya kira kita
sekalian tertidur sehari lamanya."
Berkata pula orang yang ketiga: "Kita
mulai tidur di waktu pagi dan itu
matahari masih belum terbenam. Kalaubegitu kita tidur hanya setengah hari
sahaja."
Berkata pula yang keempat: "Apa
gunanya kita bertengkar tentang
lamanya tidur. Tuhanlah yang lebih
mengetahui berapa lamanya kita tidur.
Tetapi kerana saya terlalu lapar, sebab
tidak makan dahulu sebelum berangkat,
maka siapakah di antara kita ini yang
mahu pergi ke kota (pasar) untuk
membeli makanan? Inilah wangnya;
tetapi harus berhati-hati jangan sampai
diketahui orang atau raja, bahawa kita
berada dalam gua ini, sebab sudah pasti
raja dengan kakitangannya sedang
mencari kita dimana mana."
Salah seorang dari mereka lalu keluar
menuju ke pasar mencari makanan,
dengan perasaan khuatir dan takut,
akhirnya sampailah dia ke dalam kota
Upsus, iaitu negerinya sendiri. Alangkah
hairannya ia bahawa negeri itu benarbenar
negeri Upsus. Tetapi segala
pemandangan yang dilihatnya berubah
semuanya. Berubah tanda tandanya,
berubah bentuk rumah dan gedunggedungnya.
Banyak pula dilihatnya
bekas gedung-gedung yang sudah tua
yang sudah runtuh. Tiap-tiap orang lalu
lalang diperhatikannya, seorang pun
tidak ada yang dikenalinya. Dia berkata
dalam hatinya: "Negeri ini seakan-akan
negeri kami sendiri tetapi penduduknya
bukanlah bangsa kami sendiri, jauh
berbeza keadaan mereka ini."
Dia berjalan terpinga pinga, makin
bertambah banyak juga tolehnya ke kiri
dan ke kanan. Nyata kebimbangan
dalam setiap langkahnya, sehingga
setiap orang yang melihat kepadanya,
dapat mengetahui bahawa dia adalah
orang asing yang baru sekali melalui
negeri ini. Salah seorang penduduk yang
melihat akan keadaannya, lalu bertanya
kepadanya: "Apakah engkau orang asing
di negeri ini? Dari manakah asalmu dan
apa yang sedang menggoda fikiranmu?
Siapakah yang sedang kau cari?"
Mendengar pertanyaan itu, dia lalu
menjawab: "Saya bukan orang asing.
Saya sedang mencari makanan untuk
saya beli, di manakah tempat orang
menjual makanan?"
Orang itupun lalu membawanya ke
tempat orang menjual makanan.
Makanan diambilnya dan penghuni gua
ini pun mengeluarkan wang yang ada
dalam sakunya. Alangkah terkejut
sipenjual makanan itu, setelah dilihatnya
matawang yang dibayarkan pemuda itu,
adalah matawang lama, yang beredar
tiga abad yang silam, yang sudah tidak
laku lagi di saat itu. Sipenjual makanan
itu mengira, bahawa pemuda itu pasti
mendapat barang pendaman dan pasti
fikirannya bahawa selain matawang yang
dilihatnya itu tentu ada banyak lagi harta
kekayaan lainnya. Orang ramai yang
sama melihat matawang itupun
berkerumun melingkari pemuda itu.
Mereka ingin tahu di mana pemuda itu
menyimpan hartabenda pendaman itu.
Dengan rasa tercengang dan penuh
hairan akan maksud mereka, pemuda
gua itu lalu berkata: "Saya bukan
mendapat barang pendaman sebagai
yang kamu sangkakan, wang ini adalah
wang yang kudapat dari temanku
kelmarin. Dengan wang ini saya berniat
untuk membeli makanan. Kenapa kamu
merasa terkejut melihat wangku ini?
Kenapa kamu menyangka yang bukanbukan
terhadap diriku?"
Pemuda gua itu segera berpaling hendak
melarikan diri, kerana takut akan
terbuka rahsia teman-temannya yang
sedang bersembunyi, menyembunyikan
diri dari tangkapan raja negeri itu.
Tetapi orang ramai menghalangnya.
Dengan kata-kata yang sopan-santun,
mereka ingin mendengarkan cerita
selanjutnya.
Dalam percakapan selanjutnya, makaterbuktilah kepada orang ramai itu,
bahawa pemuda ini adalah pemuda yang
lari dari kepungan raja pada tiga abad
yang silam. Mereka mengetahui akan
peristiwa itu, dari cerita yang telah
masyhur dan diketahui orang ramai.
Larinya pemuda-pemuda itu kerana
tidak sudi menjual agamanya kepada
raja yang ganas, yang memaksa mereka
untuk menyembah batu.
Salah seorang di antara mereka itu
berkata kepada pemuda itu: "Janganlah
engkau khuatir kepada raja ganas yang
engkau katakan tadi. Raja itu sudah mati
pada tiga abad yang silam. Raja yang
memerintah sekarang ini, adalah
seorang raja yang mukmin dan baik hati.
Raja kami yang sekarang ini orang
beriman seperti yang kamu imani. Di
manakah teman-temanmu yang lainnya?
Bawalah mereka ke mari semuanya "
Barulah pemuda itu insaf akan apa
sebenarnya yang sudah terjadi. Dengan
ketenangan yang amat jelas serta
dengan alasan dan bukti-bukti yang
cukup terang, maka terbuktilah bahawa
mereka berada dalam gua bukan
semalam atau setengah hari, tetapi
sudah tiga abad lamanya. Segera
pemuda itu minta izin untuk
memberitahukan teman-temannya yang
masih bersembunyi dalam gua, agar
keluar dari persembunyiannya dan
menerangkan kepada penduduk negeri
itu akan keadaan yang sebenarnya;
apalagi mereka sedang menunggu
dengan kelaparan dalam gua, serta ingin
mengetahui keadaan di luar gua.
Laporan peristiwa ini segera sampai
kepada raja yang soleh, yang sedang
berkuasa di negeri itu. Raja sendiri
tampil turut menyambut pemudapemuda
beriwayat itu dari dalam gua
tempat persembunyian mereka. Raja
pun ingin mengetahui akan riwayat dan
wajah mereka, selama ini mereka
senantiasa menjadi bualan orang ramai
saja.
Setelah mereka keluar dari gua itu,
mereka disambut raja dan penduduk
negeri. Raja membawa mereka ke dalam
istana dan diberinya tempat di istana
yang indah itu. Para pemuda tadi lalu
berkata kepada raja: "Kami ini sudah
tidak mengharap hidup yang lebih
panjang lagi, kerana kami sudah
melewati beberapa keturunan dan
kesemuanya telah meninggal dunia,
bahkan negeri dan gedung-gedung besar
yang dahulu pun sudah runtuh
semuanya; yang kami lihat sekarang ini
adalah serba baru. Kami pun sudah puas
melihat raja dan penduduk yang hidup di
negeri ini sudah sama-sama beriman
kepada Allah."
Para pemuda itu lalu bersujud dan
berdoa ke hadhrat Allah agar
menurunkan rahmatNya dan agar Allah
mengizinkan mereka pulang ke
rahmatullah. Tidak lama kemudian
sesudah mengucapkan doa itu mereka
lalu menghembuskan nafasnya yang
terakhir, dengan tenang dan tenteram.
Keadaan dan kejadian itu, menjadi dasar
yang kuat sekali bagi mereka untuk
tetap iman dan tunduk kepada Allah,
Tuhan yang Maha Kuasa. Mereka makin
percaya bahawa janji Allah itu benar
semuanya, serta Hari Qiamat dan
akhirat itupun benar semuanya.
Sepeninggalan mereka, orang lalu
bentengkar cara bagaimana pemudapemuda
suci itu dapat diperingati. Ada
yang mengusulkan agar di atas kubur
mereka itu didirikan sebuah tugu besar,
rumah dan gedung yang dapat
menunjukkan kebesaran mereka itu.
Tetapi ada juga satu golongan dari
orang-orang yang cinta terhadap
pemuda-pemuda itu berkata, agar
jangan tugu yang didirikan tetapi
dirikanlah masjid di atas gua mereka itu,
supaya dari dalam masjid itu dapat
orang sama sama menyembah dan
membesarkan nama Allah dan selaluinsaf akan kebesaran Allah. Sebab apa
ertinya sesuatu peringatan dan
penghormatan, bila peringatan dan
penghormatan itu tidak dapat membawa
orang kepada menghormati dan
membesarkan Allah, Tuhan yang Maha
Terhormat dan Maha Kuasa.*
---------------------------------------------
-----------------------------------
* Orang ramai selalu bertengkar tentang
jumlah mereka itu. Ada yang berkata bahawa
mereka itu tiga orang, empat dengan
anjingnya. Ada yang mengatakan lima orang,
enam dengan anjingnya dan ada pula yang
mengatakan tujuh orang, lapan dengan
anjingnya.
---------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan