Listing

Isnin, 19 Julai 2010

Kesilapan Semasa Proses Berfikir(Falasi Pemikiran)

falasi berfikir(kesan falasi)

falasi kejahilan
mempertahankan idea dengan mengatakan tidak ada bukti-bukti sahih yang mengatakan idea kita salah.
falasi ignoratio elenchi
jahil inti pati.membuat kesimpulan lain dari pokok persoalan sebenar.contoh;mengemukakan gambar mangsa bunuh dalam keadaan mengerikan.tapi itu bukan bukti pembunuhan dilakukan oleh pembunuh.
falasi ad populum
kumpulan @ popular.membuat kesimpulan secara keseluruhan.contoh;melayu suka berpesta.
post hoc ergo propter hoc
'selepas itu,maka oleh sebab itu'.melibatkan dua kejadian dimana kita percaya yang satu menyebabkan yang satu.perkara yang sebenarnya tiada kaitan dikaitkan.kaitannya semata-mata kaitan waktu,iaitu terjadi lepas satu satu.
falasi ad hominem
'menentang orangnya'.kita menghentam peribadinya dan bukannya menghentam ideanya.
falasi salah guna prinsip
kita percaya bahawa prinsip atau peraturan tidak boleh ada pengecualian.kita percaya prinsip dapat dilaksanakan dalam setiap keadaan tanpa mengira konteks.
falasi matlamat tak relevan
mengkritik sesuatu dasar ataupun program kerana tidak mencapai matlamat yang memang bukan matlamat asal.
falasi syarat wajib dan syarat mencukupi
kita keliru antara syarat-syarat wajib dan syarat-syarat mencukupi.kita menyangka memberi air sudah cukup bagi memastikan pokok hidup.
falasi hujah berbelit-belit
kesimpulan yang kita buat sama dengan premis hujah kita.contohnya;banduan itu adalah seorang pembunuh kerana dia dengan sengaja membunuh mangsanya.
falsi domino
'falasi lereng licin'.tanpa bukti-bukti sahih,kita andaikan satu kejadian akan diikuti oleh satu siri kejadian lain,dan akhirnya menghasilkan akibat tertentu.kita menganggap ramalan adalah fakta.contoh;diberi betis,hendakkan paha.
falasi mengabui mata
kita cuba menutup kelemahan pada hujah kita dengan cara melarikan perhatian orang dari memikirkan perkara pokok iaitu supaya mereka memikirkan hujah yang tidak ada kaitan.sering mengemukakan hujah 'nasib baik'.
walaupun memang benar ada kemungkinan nasib lebih teruk,tetapi tujuan kita menggunakan falasi itu bukan bertujuan mem buktikan perkara itu mungkin benar.sebaliknya hanya untuk mengabui mata.contoh;awak sepatutnya bersyukur,sekurang-kurangnya awak ada pekerjaan disini.
falasi boneka
apabila tidak suka dengan sesuatu idea,kita memperbesar-besarkan alasan.mungkin menggunakan andaian yang salah sama sekali untuk menentang sesuatu idea.membesar-besarkan akibat yang ditimbulkan oleh idea itu.
falasi hitam putih
kita menganggap semua perkara dapat dibahagikan dengan jelas.kita percaya kita hanya berdepan dengan dua pilihan.sedangkan sebenarnya kita ada banyak pilihan.contoh;kalau tidak hitam,putih.sebenarnya kita ada banyak pilihan,umpamanya kelabu.
falasi jalan tengah
sebaik-baik jalan adalah jalan tengah.kita percaya apa-apa yang ditengah adalah yang paling baik.ia baik kerana ia ditengah.bukan kerana faktor lain.
falasi bahagian
bunga yang harum juga ada duri.menyangka sifat-sifat keseluruhan adalah sifat-sifat setiap bahagian.dan menyangka sifat satu bahagian merupakan sifat bahagian yang lain.
falasi komposisi
menyangka setiap bahagian yang mempunyai ciri-ciri terbaik,apabila disatukan,akan menjadi yang terbaik.
falasi tanpa kecuali
kita berandaian kita tahu serba-serbi berkenaan seseorang ataupun berkenaan sesuatu perkara.berdasarkan yang sedikititu,kita membuat kesimpulan seolah-olah kita mengetahui semuanya tanpa kecuali.
falasi implikasi pragmatik
implikasi logik sentiasa benar.implikasi pragmatik adalah inferens atau kesimpulan sahaja.mungkin benar dan mungkin salah.membuat implikasi pragmatiktidak salah.salahnya adalah menganggap implikasi pragmatik adalah fakta.
falasi hipotesis bertentangan fakta
membuat dakwaan berkenaan apa yang sepatutnya berlaku pada masa lalu ataupun apa yang sepatutnya terjadi pada masa depan dimana dakwaan itu tidak ada bukti-bukti yang kuat untuk menyokongnya.contoh;kalau dulu awak dengar cakap saya,perkara itu tidak akan terjadi.perkara yang belum terjadi,tidak ada bukti untuk menyatakan ia akan terjadi ataupun tidak.
falasi inferens
inferens adalah kesimpulan atau penilaian yang kita buat berdasarkan bukti-bukti ataupun andaian-andaian yang ada didalam kepala.setiap kali kita membuat inferens,kita mempunyai dalil-dalil dan alasan-alasan yang kuat.meskipun banyak daripada inferens yang kita buat adalah betul belaka,tetapi sekali-sekala inferens kita boleh jadi salah.masalahnya,kita mendakwa kesimpulan adalah fakta,padahal ia bukan fakta.
falasi sikap
sikap adalah keadaan mental dimana kita sentiasa siap-sedia untuk bertindak balasberdasarkan nilai-nilai peribadi kita sendiri.sikap kita selalunya ada kaitan dengan emosi.apabila menentang sesuatu idea,kita menentang dengan emosi juga.dalam keadaan ini,emosi mempengaruhi fikiran.oleh yang demikian,ia menjejaskan tindakan-tindakan dan keputusan-keputusan yang kita buat.
falasi kepercayaan
setiap orang daripada kita mempunyai pelbagai kepercayaan yang kita yakin benar.apa-apa perkara baru yang kita dengar ataupuin lihat,tidak terus kita terima sebagai benar.sebaliknya,perkara itu kita nilai berdasarkan kepercayaan-kepercayaan kita itu.contohnya;orang bagitau ada anjing kencing dimotosikal,kita percaya.dan ada orang bagitau ada gajah kencing dimotosikal,kita tidak percaya.kita tidak memikirkan kemungkinan bahawa apa yang dilaporkan itu benar.
falasi hasrat hati
hasrat bukan fakta.hasrat adalah apa yang kita harapkan menjadi fakta.silapnya,kita kita percaya sesuatu itu adalah benar kerana kita mahu ia menjadi sesuatu yang benar.tambah silapnya lagi,kita tidak peduli untuk mencari bukti-bukti.apabila ada bukti yang bertentangan,kita tidak peduli akan bukti-bukti itu.
falasi sepatutnya
kita percaya oleh sebab perkara itu menjadi amalan pada masa ini,maka amalan itu sepatutnya diterima sebagai betul.begitu juga sebaliknya.apabila perkara itu tidak diamalkan pada masa ini,maka ia tidak sepatutnya dijadikan amalan.terbahagi tiga iaitu;
a.falasi adat,dimana perkara itu patut ataupun tidak patut kerana ia sudah menjadi adat.
b.falasi pendapt ramai,dimana perkara itu dianggap patut ataupuntidak patut kerana kebanyakan orang berpendapat demikian.
c.falasi status quo,dimana ia dianggap patut ataupun tidak patut semata-mata berdasarkan status quo perkara itu pada masa itu.contoh;perempuan tidak meminang lelaki adalah falasi adat.falasi sepatutnya adalah kerana ia mengatakan suatu perkara itu diterima atau ditolak bukan kerana ada bukti kuat.sebaliknya kerana ia dianggfap patut ataupun tidak patut.
falasi genetik
kita menilai sesuatu perkara daripada sudut konteks lamanya dan menggunakan konteks lama itu dalam keadaan sekarang.
falasi penilaian statik
kecenderungan untuk tidak mahu menukar apa-apa penilaian yang pernah dibuat dahulu meskipun realiti sentiasa berubah-ubah.
falasi streotaip
streotaip ialah sejenis generalisasi atau keumuman.mempunyai perbezaan antara generalisasi dengan streotaip.streotaip lebih serrius kerana bersifat keras,tidak berubah-ubah.streotaip terbit daripada persepsi yang salah dan prejudis.generalisasi dapat diubah dengan memberikan maklumat yang betul.
falasi novelti
novel bermakna baru dan novelti bermakna kebaharuan.kita percaya apa-apa yang baru lebih baik.ia baik kerana baru.ia baik bukan disebabkania mempunyai ciri-ciri yang lebih baik.ia baik kerana baru.asal baru,bermakna tentu lebih baik.
falasi klise
klise ialah ayat-ayat yang sudah menjadi sebutan lumrah.klise termasuk madah pujangga,peribahasa,pepatah dan lain-lain.klise dianggap istimewa kerana ia sudah lama digunakan.ramai orang percaya,klise adalah betul kerana sudah diuji masa.kebanyakan klise mengandungi kesimpulan yang terlalu am.klise juga kerap memberi gambaran seolah-olah apa yang dikatakan itu adalah kebenaran yang hakiki.
falasi kiasan
falasi analogi.kiasan berguna bagi menjelaskan sesuatu idea.masalahnya,semata-mata kerana dua perkara yang mempunyai beberapa persamaan,kita terus menyangka segala-galanya serupa antara kedua-dua perkara itu.falasi ini berpunca daripada andaian apabila ada dua perkara yang ada persamaan dalam satu atau dua hal,kita percaya semuanya serupa dalam semua hal.contoh;gadis ibarat bunga,lelaki ibarat kumbang.perkahwinan satu perjudian.
falasi rayuan khas
''seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul''.kita menggunakan prinsip-prinsip,peraturan-peraturan,dan syarat-syarat tertentu keatas orang lain.tetapi kita tidak mahu menggunakannya keatas diri kita ataupun keatas perkara-perkara yang melibatkan kepentingan kita.
falasi minta kasihan
kita mahu orang menerima pendapat kita dengan cara membuat orang itu merasa kasihan kepada kita.kita mahu orang menerima idea kita dengan menimbulkan rasa kasihan kepada kita,bukan dengan cara mengemukakan bukti-bukti yang dapat meyakinkan dia bahawa pendapat kita adalahbaik dan betul.kita memperalat emosi orang itu.
falasi bantahan remah
kita cuba melemahkan hujah-hujah orang lain dengan cara memberi tumpuan pada perkara-perkara remeh,bukan perkara-perkara penting dalam hujahnya.contoh;cuba berjalan kaki,tak payah naik kereta.bantahan;saya tak ada kereta.
falasi bersandar pada orang lain
banyak perkara yang kita percaya sebagai benar.kita percaya ia benar kerana ada orang lain yang berkata hal itu benar.
falasi label
perkataan-perkataan adalah label.istilah-istilah adalah label.benda yang sama boleh diberi pelbagai label.label adalah nama.kita menyangka dengan menggunakan nama-nama lain ataupun perkataan-perkataan lain bagi menamakanbenda-benda ataupun manusia,maka dengan itu kita membuat kesimpulan-kesimpulan yang berbeza berkenaan benda-benda ataupun orang itu.berpunca daripada andaian.kita percaya apabila label diubah,makna yang sebenar juga berubah.
falasi ketepatan palsu
kita membuat andaian yang tepat,seolah-olah ia soal matematik.kita lebih percayaperkara itu benar apabila disertai oleh angka-angka.falasi ini dilakukan dalam keadaan;statistik itu hanya tekaan,hanya anggaran kasar tetapi disebut dalam jumlah yang tepat,data itu adalah data yang mustahil unutk dibuktikan kesahihannya.
falasi kebetulan
kita yakin kepada perkara yang am sifatnya.tetapi kita anggap ia benar dalam setiap kes.contoh;jangan percaya pada lelaki botak berambut palsu kerana mereka tidak jujur.
falasi ketiadaan bukti.
banyak falasi berpunca daripada bukti iaitu terlalu sedikit bukti,bukti yang berat sebelah,tiada bukti langsung dan bvukti palsu.contoh;dipejabat tempat saya bekerja,daripada 14 orang lelaki,5 orang mempunyai 2 orang isteri,iaitu kira-kira 36 peratus.pada masa ini,sangat ramai lelaki yang berpoligami.
falasi menafikan bukti
kita menafikan ataupun memperkecil-kecilkan bukti yang releven,tetapi menentang pendapat kita.contoh;kita tidak suka metosikal.motosikal membahayakan nyawa,bising,punca pencemaran bunyi.dengan caravini,kita dapat mengelirukan orang yang pendapatnya kita tentang.
falasi tidak kenal punca yang sama
kita tidak menyangka bahawa dua peristiwa yang berlainan adalah berpunca daripada satu faktor.sebaliknya,kita sangka kedua-duanya menjadi sebab dan yang satu lagi menjadi akibat.contoh;seorang pelajar rajin belajar matematik.dalam ujian dia lulus dengan cemerlang.kita sangka dia lulus kerana rajin belajar.tetapi ada kemungkinan rajin belajar punca lulus ujian,mungkin disebabkan faktor lain,iaitu kepintaran matematik.

research end
18/2/2008

tindakan yang salah kebanyakan berpunca daripada cara pemikiran yang salah.kebanyakan orang lebih cenderung unutk berfikir secara logik.kebanyakan pemikiran yang salah adalah pemikiran psikologi daripada pemikiran logik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan