Listing

Rabu, 21 Julai 2010

mantik knowledge

BIBIR
1.BIBIR NIPIS ULAS LIMAU
fizikal
orang yang kecil molek dan tinggi lampai tetapi sedikit kurus.tidak cantik jika orang gemuk dan berbadan sasa memiliki bibir seperti ini.
metafizik
bersifat lemah lembut dan petah bercakap.kurang bercakap dengan orang yang mereka segan dan baru dikenali.boleh dikatakan becok bila bercakap.baik hati,lemah lembut dan pandai berbudi bahasa.tidak terkecuali suka berlater jika melihat kesilapan orang lain.
kerjaya berkeupayaan dalam bidang kerjaya yang berhadapan dengan masyarakat.kerjaya unggul ialah guru,setiausaha,pensyarah,penyanyi.mudah sensitif terhadap teguran(bila dimarah mudah menangis atau merajuk).manja walau tanpa diminta.pandai mengambil hati dan memikat dengan hanya bertutur.sesuaimengenakan gincu yang sedikit terang.keyakinan diri membuatkan lebih mudah mendampingi masyarakat sekeliling.
2.BIBIR BULAT KECIL DAN TEBAL SEDIKIT
fizikal
berkulit hitam manis,kalau berkulit putih kuning,sifatnya lebih menyerlah dan keanggunan lebih ketara.dipandang seksi.
metafizik
terlalu sensitif dan mudah sedih apabila tidak mendapat apa yang diidamkan.mudah menangis dan sering merajuk.suka dipujuk apabila merajuk.bila bercakap.bibir menjadi tumpuan kerana bibir yang seksi.
kerjaya
mudah mendapat pekerjaan dan mempengaruhi kehendak majikan.bersifat romantik.suka dibelai dan tidak kurang menerima kucupan yang melemaskan.kepuasan seksnya berada dibibir.berminat kucupan yang agak lama.
3.BIBIR SEDIKIT TEBAL DAN LEBAR
matafizik
sering dilihat.jika wanita mempunyai pengaruh yang luas dalam masyarakat dan kerjaya yang amat mencabar.bibir yang unik sehingga memberikan suatu pendedahan dalam kata-kata.bermaksud sering mempunyai idea yang bernas dalam berbicara.selalunya pemimpin mempunyai bibir seperti ini.jika lelaki,tegas dan mengagumkan apabila berdepan dengan masyarakat.gemar dipuji dan dirayu oleh lelaki kerana sifatnya suka menerima pemberian orang lain.cerewet tentang kebersihan dan tentang setiap apa yang dilakukannya jika tidak dapat ditrima orang lain.tegas dan suka berhadapan dengan orang ramai.popular dengan penampilan bibir yang seksi tetapi tidak mempunyai unsur seks yang jelas sp minat berkucup @ mencium.kalau ada ia berkait dengan anggota lain sp hidung dan pipi.naluri yang amat peka kepada apa yang dilihat dan didengar.jika lelaki ini tidak merokok,jelas bibir yang kemerahan yang menjadi tarikan pada wanita.
kerjaya penyanyi,pelakon,guru,pemimpin dan peragawati.menyerlah kewibawaannya walau tidak berkerjaya seperti diatas.mungkin ahli perniagaan yang berjaya jika perniagaannya berkaitan dengan kecantikan seperti salon atau butik.
4.BIBIR TEBAL BULAT DAN LEBAR
fizikal
tubuh yang besar dan tinggi lampai.kalau ada yang kecil molek,ia tidak benar kerana bergantung dengan anggota lain yang sensitif.
metafizik
pemiliknya kalangan lelaki yang merokok.amat cemburu kepada kekasih.tegas dan sering mementingkan diri berbanding kepentingan orang lain.hati yang amat pemurah,suka membantu dan menghormatikeputusan orang lain walau kadangkala amat berdegil dan suka meiggi diri dengan apa yang dimiliki.kasih sayang tidak ditunjuk secara terangan.serius terhadap rumahtangga sehingga dianggap garang.orang yang senang u berbicarawalau kadang kala tidak mahu menerima pendapat orang lain.jika merajuk,akan menyendiri dan suka meninggalkan rumah u mengelak dari ditegur dan dileteri.tidak suka dileteri.jika wanita,tegas dan gagah dalam perjuangan.serius dalam berusaha membina masa depan.jelasnya,jika memikirkan masa depan dia tidak menghiraukan langsung tentang orang lain.jiwa yang peka kepada pembaharuan dan suka kepada pergaulan yang bebas.wanita yang amat manja,tapi tidak ditonjol dengan jelas.suka memnta sesuatu hadiah srmpena hari tertentu.jika tidak dapat apa yang diminta,akan merajuk.gemar berkucup dan sering ,meminta dikucup danpandai berasmara.ganas dan suka diperlakukan sehebat2nya.
5.BIBIR YANG LEBAR NIPIS
menurut orang tua,wanita seperti ini aktif dalam kerja.sesetengahnya seperti lelaki.namn begitu,tidak semua wanita berperwatakan lasak.akan tetapi,wanita ini mampu menghayati berbagai watak,sifat dan ragam jika mereka seorang pelakon.seorang periang.menyukai kebebasan pergaulan dan tidak suka dikongkong setiap pergerakannya.manja dan aktif,dalam percintaan tidak mudah menerima kucupan.dia mudah terpedaya kepada sebarang pujukan kerana dia leka dengan setiap yang dilihat terutamajika ada sesuatu yang baru.misalnya jika menerima hadiah secara kejutan.mudah memberikan ciuman dandakapan sebagai tanda terlalu suka dan berterima kasih tanpa disedarinya.lelai jarang mempunyai bibir seperti ini.wanita seperti ini kuat nafsu seksnya.tidak suka diperbodahkan lelaki dalam soal seks.mahu kebebasan perhubungan jika bersama suami.layanan yang romantik amat diperlukan.menggemari kerjaya yang mencabar dan glamour seperti model,setiausaha,pelakon dan penyanyi.wajah yang manis walau hitam manisadalah memberikan satu kekuatan untuk mereka yang mendampinginya.jiwanya mempunyai daya ingatan yang meluas dan bijak dalam memikirkan sesuatu ayng baru.boleh menjiwai watak sebaga orang lain dan peka dengan keadaan sekeliling.manja dan jika bercinta,cintanya hanya satu sahaja.tegas membuat keputusan dan berani berhadapan kegagalan.bersemangat waja dan berjaya dalam kehidupan.


MATA
MATA YANG BESAR DAN BULAT
bijak menilai sesuatu yang berlaku didepan mata.cergas dan periangtidak mudah tergoda oleh renungan mata menggoda.jika tergoda adalah kerana dia mengadunkan beberapa perkara lain pada diri seseorang misalnya kerana perwatakannya.berdiri teguh dengan keputusan yang dibuat walau kadangkala kecundang dengan keputusan yang dibuat.pandai bermain mata dengan orang.mata yang memikat.berani dan tegas jika menjadi ketua kerana mata yang disegani apabila memandang.
MATA YANG KECIL SEBELAH DAN BESAR SEBELAH
mata yang romantik.seorang yang lemah lembut dan pengasih.pandai memilih teman berbicara.lantaran itu,dia seorang yang peramah dan disenangi ramai kawan.mata yang melambangkan seorang yang suka bergaul dan menampilkan diri dikhayalak ramai.berhati mulia dan suka membantu orang lain.dapat dibuktikan secara langsung jika memiliki bibir yang sedikit lebar dan nipis,maksud anda suka bercakap dan periang.mudah diminati ramai lelaki sehingga.bijak membuat keputusan dan gemar menyelesaikan setiap kerja yang diberikan.tegas dan walaupun kecewa dan sering menangis namun tidak mudah putus asa.
MATA YANG KECIL KEDUA2NYA TETAPI AGAK LEBAR
sering diberi perhatian terutama dalam pergaulan.boleh berjaya dalam berbagai kerjaya jika tampil kearah kerjaya yang diidamkan.berlandaskan beberapa faktor yang berkaitan seperti bibir atau telinga,kadangkala bersifat keras hati dan tegas membuat keputusan.jiwa yang sensitifdanmudah tergoda dengan pandangan mata terutama lelaki.jika lelaki,dia lebih mementingkan masa depan,wang,dan kerjaya.jika bercinta,romantik dan pengasih.kurang memberi perhatian terhadap kekasih walau mencintainya.tidak suka menunjuk2 kasih sayang.bertanggungjawab terhadap orang yang disayang
MAT YANG SEDERHANA BESARNYA DAN KECILNYA
jenis mata yang mudah dilihat dan ditemui.bebas dalam pergaulan tidak kira dalam kebaikan atau keburukan.mudah menerima seseatu kebaikan dan keburukan sehingga terlupa apakah peranannya dalam masyarakat.berbudi bahasa dan menarik sehingga mudah disenangi ramai orang.mudah tersinggung dan sering menjauhkan diri daripada teman yang telah mengecilkan hati anda.jika kecewa dan tersinggung,merajuk berpanjangan dan sebenarnya mahu dipujuk.mudah gagal dalam bercinta kerana mementingkan diri.mudah diterima oleh sesiapa kerana mata yang mudah menceriakan suasana dan ada kaitannya dengan bibir yang mongel.
MATA YANG KECIL BULAT
tidak ramai yang memiliki mata yang seperti ini,jika ada,ia dikalangan mereka yang sukakan hidup bersendirian dan kurang memikirkan pergaulan.pergaulan baginya tidak penting sehingga sukar mencari ketenangan dan kewangan.terlalu degil.kerjaya yang tidak menentu dan sering kerugian dalam melakukan sebarang kerja.bijak melakukan sesuatu jika diberi peluang dengan cara mendedah diri kepada masyarakat.


HIDUNG
HIDUNG MANCUNG DAN PANJANG MEMPUNYAI TULANG YANG BERBONGGOL DITENGAHNYA
ego.mempunyaikeperibadian yang lebih menonjol dalm kepimpinan sehingga berfikir dia adalah yang terbaik berbanding orang lain.sukar mendengar teguran orang lain dan berfikir hanya dirinya yang betul.lebih bertimbang rasa terhadap setiap manusia.pintar berpidato sebab itu sering mendabik dada.tidak mudah putus asa dan terus mencuba.soal cinta,dilema dalam membuat keputusan.mudah tertarik kapada wanita yang seksi berbanding wanita yang menutup aurat.mudah tertarik kepada wanita yang berkedudukan tinggi dan berstatus agresif.mungkin mampu berdikari sehingga tidak memperdulikan apad orang lain kata.jika mempunyai kulit yang kuning langsat dan lelaki,anda seorang yang kurang berfikir dalam mendapatkan peluang yang lebih mencabar.minat terhadap seks terlalu tinggi.sering mencari pasangan baru terutama jika anda fikir wanita adalah tempat melepaskan nafsu.bagi wanita,anda seorang yang agresif dalam perniagaan.anda kelihatan sedikit berwajah sombong,sebenarnya baik hati dan pemurah.kuat bekerja dan mementingkan keluarga.jika gadis,tidak mementingkan soal lelaki sehingga berkemungkinan menjadi dara tua.
HIDUNG YANG MANCUNG KECIL DAN AGAK TAJAM
unik dan cantik walau apapun bentuk muka.agak pemalu dan sering tersenyum apabila ditegur.kurang bercakap perkara yang tidak baik dan sering memendam rasa terhadap sesuatu yang diminati.sering mengharapkan bantuan orang lain didalam membuat apa jua yang anda fikir anda sukar melakukan sendiri.dalam pergaulan,anda disenangi kerana kurang bercakap soal rakan2 yang lain seperti mengumpat..jika wanita,kelihatan sombong apabila berseorangan.sebenarnya anda tidak sombong tetapi sedikit pemalu dan penakut.jika lelaki,mempunyai sifat pemalu tetapi mungkin rakus dalam melakukan sesuatu yang digemari.walau kelihatan intelak,sebenarnya kurang bijak menangani masalah sekeliling sehingga sering mengalami tekanan perasaan dan meminta bantuan orang lain menyelesaikannya.menjadi seorang yang lebih matang apabila menggunakan idea orang lain kerana kurang memberikan idea apabila diminta memberi pandangan.gemar menerima pandangan orang lain dan menghormati keputusan orang lain.dalam soal cinta,anda(wanita)meminati seseorang dalam diam sehingga kecundang untuk memiliki idaman kerana dikebas orang lain.terus memendam rasa dan mengharap leleki itu datang keriba anda suatu hari nanti.tidak mudah gagal dalam cinta dalam erti kata terbuka kerana tidak pernah berterus-terang menyatakan rasa cinta kepada lelaki idaman.secara realiti,acapkali mengalami kekecewaan.anda(lelaki)seorang yang sering gagal dalam cinta .hanya pandai menggoda dan merayu tetapi tidak pandai mengambil hati.gemar diri sahaja yang disayangi teman wanita.seringmencari ramai kekasih yang bertujuan mencari kepuasan tentang cinta.seks,tidak sehebat yang dikagumi wanita kerana lebih menumpukan nafsu sendiri.seorang yang bertanggungjawab dalam rumahtangga dan bijak menyelesaikan masalah rumah tangga yang diharungi.memimpin keluarga kepada kesempurnaan kerana anda perlukan kerjasamapasangan dalam menyelesaikan masalah.
HIDUNG MANCUNG BESAR PADA LUBANG HIDUNGNYA
hebat menghidu bukan sahaja udara bersih dan segar.sering selesema kerana terhidu udara yang kurang bersih.bijak menghidu setiap pergerakan orang lain yang anda fikir ianya perlu diteliti.jika majikan,gemar mencari kelemahan orang lain sehingga anda kurang disenangi.pencapaian dalam kerjaya amat dikagumi kerana boleh berjaya keperingkat paling tinggi.pergaulan,baik dan dihormati setiap tindakannya.sensitif dan mudah menitiskan air mata(wanita).(lelaki)terdedah kepada pergaulan bebas kerana memang sukakan kebebasan.pandai berasmara dan sering menjadi buruan wanita dan lelaki apabila mengetahui kehebatan cintanya.pengasih dan penyayang.hanya berminat memiliki seorang kekasih sahaja.be4rtsanggungjawab terhadap kekasih dan keluarga.
HIDUNG YANG KECIL TETAPI PESEK
jika wanita,pemurah dan periang dan mudah disenang dalam pergaulan.jujur dalam melakukan apajua perkara sehingga disenang teman dan keluarga.terlalu sensitif dansering mengalir air mata apabila dimarah.tidak pandai menyimpan dendam dan memperbaiki diri dengan teguran yang membina.tekun dalam pelajaran.jika lelaki,mempunyai kesungguhan dalam melakukan kerja.jujur dan amanah.penyayang dan pengasih.perlu mendapatkan pasangan yang secocok terutamanya yang lemah-lembut.
HIDUNG JAMBU
bijak membuat kerja danbersikap terbuka.boleh menjadi pemimpin.jika wanita,kurang selesa dengan pergaulan baru.berbudi bahasa dan disenangi ramai teman.peramah apabila mula berbual walau dilihat sedikit pendiam.jika lelaki,bijak menyelesaikan masalah dalam diri dan pandai berkarya jika meminati bidang penulisan.penyyang dan suka memberi perhatian kepada pasangan yang manja.pandai menyimpan rahsia diri dan jujur dalam melakukansesuatu.
KATEGORI HIDUNG ARTIS DAN ORANG SENI
hidung yang menampilkan mancung.mancung kecil dan tidak ketara lubang hidungnya.ketara pada wanita.hidung tidak mempengaruhikerjaya kerana ianya pada bakat.
KATEGORI PEMIMPIN YANG BERBAKAT PADA KEPIMPINANNYA
hidung yang tinggi dan mancung.berperibadi tinggi sehingga berani menentang arus arena politik.ego dan tegas disampng berpengaruh sukar menerima kritikan walau sedar kepincangannya.mudah mengalih pimpinan mengikut keadaan sekeliling mengikut tinjauan sendiri.

TELINGA
TELINGA BESAR DAN DIKATAKAN TADAH ANGIN
deria pendengaran yang luas.bijak menilai setiap yang didengar,misalnya dialog dengan tenang kerana disamping mendengar,dia menggunakan kuasa berfikir secara berterusan sebelum orang lain bertindak.daya ingatan yang baik.pemarah jika telinga ini nipis.mudah meredakan kemarahan dengan tindakan daya fikir.jika wanita,romantik dan gemar meloakukan cumbuan ditelinga kerana disitu salahsatu tempat sensual anda.jika lelaki,tegas dan pintar dalam kehidupan.peka kepada dunia percintaan.romantik dan pandai mengambil hati kekasih.
TELINGA NIPIS BESAR
bijak berfikir dan bijak melakukan sesuatu demi kerjaya.terpelajar,pandai mewnyesuaikan masa kerja dengan rehat sewrta pergaulan.cinta tidak berbelahbagi jika jatuh cinta.bukan senang jatuh cinta dengan godaan,tetapi akan terperanhgkap dengan rasa cinta yang datang dalsm dalam diri.jujur dan amanah dalam banyak perkara.setia dan menghormati pasangan.wanita yang manja,mahu dipujuk jika merajuk.
TELINGA KECIL SEPERTI TELINGA TIKUS
rajin berusaha untuk kerjaya,merasa hebat dengan usaha yang dilakukan.memang hebat kerana dikagumi masyarakat sekeliling.tidak mustahil pintar menipu dan mencuri.
TELINGA BESAR MACAM TELINGA GAJAH
panas baran,sering menganggap diri benar dengan setiap yang keputusan yang dilakukan.kurang bijak dalam melakukan keputusan dan kerjaya.merasa dihina masyarakat kerana pendapatnya tidak diterima.terlampau cemburu sehingga mengongkong pasangan.suka berleter dengan perkataan yang tidak sesuai.
TELINGA CAPANG
pintat membuat keputusan.berpengaruh dalam masyarakat dan disegani dalam keupayaan bekerja dan memimpin.jujur dan sangat setia dalam cinta.jika wanita,lembut hati dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.agak pemalas melakukan kerja harian rumah.kemampuan seks yang hebat.

DAHI
DAHI YANG LUAS DIKIRI DAN KANAN
dikatakan dahi intelek dan bijaksana.bijak yang bukan sahaja bergantung pada ilmiah malahan mempengaruhi pelbagai aspek,misalnya ahli perniagaan dan doktor.jika lelaki,orang yang berpengaruh dalam masyarakat.pandai menjadi pemimpin.bijak berfikir dan bertindak dan mempunyai firasat sendiri.mampu menguasai bakat sendiri yang ada.dalam cinta,setia kepada janji dan kekasih.bertanggungjawab.tampan.
jika wanita,jelita jika wajah yang bujur sirih atau bulat.sentiasa setia dan jujur.
DAHI BESAR,LUAS DAN LEBAR
rajin.mampu menguasai apa jua bidang dan kerjaya.sentiasa stabil dalam membuat keputusan dalam masalah.lantaran itu,mudah mendapat peluang terutama dalam rezeki.lelaki yang berjiwa muda.berjiwa besar dan berwawasan.sukakan pembaharuan hingga terlupa dalam langkah menerus keinginan.sering gagal dalam cubaan membaharui langkah.jiwa tegas,romantik.setia.mudah bosan dengan wanita yang mengongkong pergerakan.wanita mudah tergoda dengannya kerana pandai memikat dengan budi bicara.boleh berjaya dalam seni tapi perlu masa panjang.sering diperkatakan sombong dan ego.bukan sifatnya yang sebenar jika mendampinginya.cemburu.jika wanita,bercita2 tinggi tapi takut tampil berhadapan dengan masyarakatdengan bantuanseseorang,dia akan berjaya.gigih bekerja,prihatin terhadap suasana sekeliling terutama masyarakat sekitar pergaulannya.kdgkalaleka dgn apa yang dimiliki kerana bangga dengan apa yang dia ada.agak mementingkan kerjaya berbanding kerja rumah.romantik hanya diranjang dan tidak bersedia dengan sempurna untuk keharmonian rumah tangga.lebih senang menjanda jika diceraikan suami.wanita yang tegas,amanah dan taat pada arahan jika bekerja dengan majikan.
DAHI YANG BUJUR KEATAS DAN KURANGLUAS PADA TEPINYA
jarang lelaki memiliki dahi seperti ini.kurang cerdik dalam banyak perkara.daya fikiran kurang bijak dan matang.soal cinta baginya tidak penting tetapi mempunyai nafsu seks yang kuat sehingga sanggup menjadi perogol.pemalas dan selalu membiarkan apajua yang dilakukan tanpa memikirkan buruk jika tidak diselesaikan.jika berkahwin,tidak pernah puas dengan seorang perempuan dan bersedia mencari pelacur.tidak memikirkan masa depan dan lebih seronok enjoy dan membuang masa tidak menentu.jika wanita,bijak mengawal dan menguruskan diri.amalan hariannya membersih diri dantidak suka kepada persekitaran yang tidak teratur,ini menjadikannya disenangi.terlalu peka kepada keindahan dan membuat dirinya prihatin kepada dunia ilustrasi dan lukisan alam semesta.amat romantik,manja dan suka menggambarkan ketenangan.suka pergaulan yang luas dan ramai kawan.jiwa yang sentiasa tenteram sehingga mampu mempengaruhi orang lain dalam percakapannya.jujur dan amanah.tidak segan dan malu.cekap bertindak untuk diri dan bersedia membantu sesiapa saja dalam masalahkerjaya yang diminati adalah guru,perunding pewrniagaan,kaunselor,pelakon dan juruacara.bercita2 tinggi dan berwawasan.dalam cinta,mengutamakan cinta berbanding perkara2 lain.tidak gemar mempengaruhi kekasih dengan kehendaknya.bersedia menerima apajua pendapat orang lain.setia dan jujur serta penjimat dalamperbelanjaan.
DAHI YANG SEMPIT DAN KECIL
sering mengalami masalah peribadi terutama tentang kehidupan seharian.tidak gemar menyelesaikan masalah shinggga ia berlarutan ketahap kritikal.andai kat bersedia dikritik,hanya menggunakan idea itu untuk seketika sahaja.mudah merasakan diperangkap kebosanan dan menuduh orang lain membuat dirinya tidak stabil.tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki sehingga merasa sering dirundung malang.malasa berfikir dalam melakukan apa2 pekerjaan.boleh tampil sebagai orang yang berjaya jika ada kesunggguhan.rezeki amat murah dan senang diperolehi.pergaulan bebas dan suka merncari kepuasan hidup dengan berfoya-foya.bercinta ibarat romeo dan juliet.cemburu dan mudah bertindak tegas memutuskan perhubungan.tidak suka diokngkong dalam pergaulan.kewangan yang kukuh.amat berjimat dan dikatakan kedekut.romantik dan pandai melayan suami.mudah berjaya dalam kehidupan dan sentiasa menang dalam perjuangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan